
Saya taip Happy Birthday tu dgn ejaan yg betul ye tuan2-puan2. Alkisahnya setelah mendapat pelbagai ucapan hari jadik, terlalu bnyk bentuk ejaan yg ade.
HEPI BESDAY MASYA!
YEPPY BURFDAY!
EPY BURTHDAY DEAR!
HAPPY BDAY!
Dan yg paling simple present tense!
HB!
is it stand for "hari bulan" kah? "Heart break" kah? atau "hot bo*b" kah? upss! kene gam woo nanti.. hehe. Otherwise, buat2 paham sudeh..
Perkara yg sinonim dgn hari jadi ni, biase la, makan kek.. nak2 kek yg colourful, ade lilin taruk atas, kek xkisah xde rase pape, yg penting hiasan mantap! sampai nak makan pon pikir 248 kali setengah sbb sayang nak rosakkan hiasan. Pas tu, atleast kene ade birthday party dan makan2 dgn kawan2 and family, baru cukup column utk hari jadi. Dan satu lg yg xsah kalau xde, mesti ade birthday presents! "Especially for u" tepek atas kotak, tepi kotak, bawah kotak, dalam kotak.. and last but not least, nyanyi-nyanyi lagu happy birthday to u.... makan ubi kayu...
sinopsis di atas adalah rumusan dari penontonan cerita2 drama mahupun filem saja. Huhu... saya jadik watak utama? upss~ masih belum hilang jerawat2 kecil di muka utk pegang watak heroin. cukuplah sebagai director yg keluar nama paling last dan paling besor mase ending cerita. (*adakah ini gaya merendah diri yg biase?*) hehe.. setiap tahun, bile nak sampai tarikh harijadi, sebulan dah excited. kalo birthday 19hb november, 19 oktober dah xleh tido dah. (*cikgu kata, penggunaan hyperbola dlm karangan itu perlu*).. hari2 duk countdown. kalo selama ni idop xpenah mandang kelendar, skrg dah mula letak kelendar leklok kat sebelah katil. dekat page NOVEMBER, petak nombor 19, hias cantik2. letak gambar bunga api dan sebagainya. Excited gile ah org cakap! org ckp lah.. bukan saya.
Tengok kelendar, 16 dah pangkah, 17 dah pangkah, 18 dah pangkah.. OhOiiiiiiiiiiiiiyyy!!! nantikan kemunculannya!!!!
Tatapi!! Dgn nada dering yg agak polifonik dan nyaring, dgn tiba-tiba...
HHHhhaaaaaaAAAAcccCcHHHHhhhUUuuuuuu!!!!!!
HHHhhaaaaaaAAAAcccCcHHHHhhhUUuuuuuu!!!!!!!
Mengapakah?? di hari jadiku kah? apakah? bagaimanakah?? Aiyyo Aci! ama! Appa!! saya masih mahu melalui tarikh 19 november 2010 ini dgn gumbiranya. Hadiah hari jadi pertama yg saya dapat mase jejaknya 12 am tarikh keramat ni ialah, saya pun demam.. uhuu.. kepala sudah mulai berat, hidung sudah semakin merah, tekak makin terasa mcm ade anak cicak main2 ekor dia kat kerongkong.. andddddd......... HAPPY BIRTHDAY TO ME!! (*di atas katil, selubung dlm selimut*)
Sememangnya, saya xmengharapkan pon utk makan kek ice-cream baskin Robbin perisa chocolate vanilla, (*tulih gini dgn harapan ada org bg next year*), xmengharapkan juga utk dapat sebuah kereta Ferrari yg ade tandatangan Michael Scumacher, dan xharapkan Dato' Siti Nurhaliza ade utk nyanyikan lagu hari jadi..Cumanya harapan selama sebulan yg sampai xlena tido tu, utk mendapat sesuatu yg Allah akan beri kpd saya utk dikenang sampai bila-bila. Walaupun berjalan dgn kepala berat, hidung meleleh cecair2 jernih dan panasnya dahi umpama boleh masak telur ayam sebijik, tapi terkenangkan hari lahir sendiri, dan tanggungjawab sbg anakanda, saya perlu kuat! Hari ni saya masih mampu menghantar bonda tercinta ke pusat dialisis dan menemani di sisinya selama 4 jam sehingga tamat sesi rawatan. Eh, jap! ni cam dah nak masuk bab sedih.. saya perlu tukar background song dan backup singer. (*bayangan shj. jgn anggap serius*)
********************************** bab seterusnya ***********************************
bygkanlah 4 jam duk atas kerusi, patient of coz la akan mengantuk.. dan biasanya yg menjaga patient LAAAGILAH mengantuk. Mase mula ingat nak join tdo gak. tp sbb badan xselesa, tdo kat dlm tmpt aircond mcm tu mmg xsyok. so jawapnya, mmg saya xtdo pon. nama pon "menjaga" kan. so, jaga lah. bila lihat satu2nya ibu yg melahirkan kita berada di atas kerusi rawatan dialisis, hati jadi sebak. sebelum ni, cool je. muka kalo boleh nak macho ala2 jaafar onn. (*macho ke?*) tp hari ni rasa sebak xmcm hari lain. Bila recall balik peristiwa mlm tu, jaga dia kat hospital, keadaan dia menyebabkan kami anak beranak dah letakkan keredhaan dlm hati utk bersedia menerima ape2 jua berita. saya sorang2 mlm tu yg jaga. lepas dia jatuh sbb pengsan 2 kali, kira2 pukul 2.30 pagi, dia mintak saya telefonkan ayah kat rumah.
MAMA: dik, call ayah.
ME: nape ma? nak pesan ape2 ke mase dia dtg sok?
MAMA: bukan. mama ingat nak ckp dgn dia. mama nak minta maaf dgn semua org. nak mulakan dgn ayah dulu. mama rasa dah xlama. lemah sgt badan mama dik. bila pejam mata je, nmpk arwah atok. bila pejam mata, nmpk arwah abah. mama takut xsempat.
*suasana diam seketika dgn aliran air mata di muka yg agak2 nak masuk gear 3*
ME: esok je la ma. kan semua org dah tdo. ape yg xsempatnye. kan ayah dtg lepas subuh nnt. kita tdo dulu lah ea.
MAMA: ajak along ngan angah dtg sekali. hausnya tekak ni dik. teringin nak minum air sejuk.
auntie bilik sebelah nmpk saya menangis depan mama. dia buat signal jgn nangis depan org yg sakit. Fizikal org yg sakit ni lemah, mentalnya juga mampu lemah. Mungkin juga lepas mama nmpk dah 2 katil hari tu kosong dan semuanya diusung keluar dlm keadaaan berselubung putih, mama bertambah lemah. Saya tahu selama berlama-lama dia di hospital dia cukup kuat melawan sakit. Di mana org lain meraung siang malam merintih sakit, dia diam.
**********************bab seterusnya berakhir ***********************************
Sejak peristiwa saya sendiri melihat keadaan mama yg terselamat drpd ambang m**t (saya xmampu nak guna perkataan tu dlm ayat ni).. saya mula jadi org yg lebih menghargai dia. mula lebih mencintai dia kerana telah keluarkan saya dari rahimnya. tambahan pula, saya lahir xnormal. baby keluar dari tingkap org ckp. saya mula lebih segala-galanya drpd biasa sebelum ni. bukan lebih jahat ok! kali ni, di hari lahirku, bukan saya mengharapkan kek harijadi mahupun wang ringgit family utk sambut bersama2. Sebaliknya, saya yg perlu berikan sesuatu kepada mereka. Mungkin sekadar ucapan terima kasih masih belum memadai jika dibandingkan jasa mama & ayah yg telah melahirkan, membesarkan, mendidik, dan menyayangi saya sejak mulanya saya bernafas di muka bumi ini. memang tidak memadai Masya.. Namun mama, ayah.. mungkin selama ni adik xpernah ucapkan terima kasih utk segala jasa ayah & mama. selama ni ckp terima kasih pun sebab ayah mama ulur duit, passing barang atau sbb ayah mama puji adik comel je. hehe.. Tapi kali ni, inilah terima kasih xterhingga dari adik utk segalanya..
TERIMA KASIH CINTA.. (*ko jgn! ni tajuk lagu Afgan*)
taip semula...
TERIMA KASIH MAMA dan AYAH!!!! LOVE U hanya Tuhan saja yg tahu..
